Monday, January 16, 2012

Berita Harian Online | Denda RM8j kes seludup ikan arowana


Denda RM8j kes seludup ikan arowana


2011/07/02


PUTRAJAYA: Seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an mungkin berdepan hukuman denda sehingga lebih RM8 juta selepas ditahan ketika cuba menyeludup 82 spesies ikan Scloropages Formosus atau Arowana Merah ke negara China melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 22 Jun lalu.

Taktik suspek yang mengisi ikan arowana itu ke dalam beberapa plastik berasingan, sebelum disembunyikan di dalam tiga bagasi terbongkar selepas antara beg terbabit tiba-tiba mengeluarkan air ketika melalui pemeriksaan di kaunter daftar masuk KLIA, kira-kira jam 11 pagi pada hari kejadian.

Pihak berkuasa KLIA yang mengesyaki sesuatu terus memaklumkan kejadian kepada pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk tindakan selanjutnya.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia, Ismail Abu Hassan, berkata pegawai MAQIS yang melakukan pemeriksaan lanjut menjumpai 82 ikan arowana merah berukuran antara 12 hingga 15 sentimeter (cm), dianggarkan bernilai RM2,000 hingga RM3,000 seekor disembunyikan di dalam beg pakaian lelaki terbabit.

Berikutan itu, lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan selepas membayar ikat jamin RM500.

“Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 10, Akta 686 dan jika sabit kesalahan suspek boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap ekor ikan arowana dirampas,” katanya di sini, semalam.

“Manakala, syarikat terbabit pula boleh didenda maksimum RM200,000 bagi setiap ekor ikan,” katanya kepada media di sini
.

0 comments:

Loading...

Follow by Email

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget