Saturday, November 19, 2011

Mengenal Jantina Arowana & memilih aro yang baik

Tips

Mengenal Jantina Arowana

arowana-jantan
arowana-betina
AROWANA JANTANAROWANA BETINA
Ciri-ciri:
  • Badan memanjang dan langsing
  • Kepala dan mulut yang besar dan dagunya lembut dan ada belahan
  • Warna yang lebih menyerlah dari ikan betina
  • Lebih agresif dalam persaingan mendapatkan makanan
Ciri-ciri:
  • Badan lebih pendek dan lebar
  • Kepala dan mulut yang kecil
  • Warna kebiasannya pudar berbanding ikan jantan
  • Kurang agresif berbanding ikan jantan dalam persaingan mendapatkan makanan
 

Memilih Ikan Arowana Yang Baik

  • Bentuk badan lurus, tidak bengkok serta tidak ada bahagian tubuh yang cacat atau luka.
  • Sisik tersusun rapi, tidak kasar dan tidak menggelupas.
  • Bentuk ekor lebar dan bulat serta tiada bekas gigitan.
  • Insang tertutup rapat dan tidak melengkung keluar.
  • Sesungut panjang dan tidak putus.
  • Mata tidak juling dan kelihatan jernih.
  • Ikan berenang lincah dan tangkas menyambar makanan.
pilih-ikan1pilih-ikan2pilih-ikan3pilih-ikan4

0 comments: